dengan ini,pihak saya ingin memohon jasa baik tuan ayah dan puan mak untuk memulangkan semula 'astro decoder' ke tempat asalnya di Kuala Lumpur.
bersama-sama ini disertakan sebab-sebab bagi tindakan di atas:
- kebosanan tahap melampau boleh menjejaskan kesihatan mental mahupun fizikal
- kehidupan tidak ceria
- tidak 'up-to-date' dengan siri-siri terkini seperti, buletin utama,'american idol',mentor, mahupun akademi fantasia
- selalu menggaru kepala memikirkan aktiviti yang sesuai
- sentiasa bengang dan marah dengan internet yang lembab (ade kaitan ke?)
- twitter menjadi mangsa luahan ketidakpuasan (mungkin blog juge)
- kain lambat dilipat kerana sudah terbiasa melipat di depan tv
- dan macam-macam lagi yang tidak dapat diperjelaskan disini (segan)
oleh yang demikian,diharapkan pihak tuan dan puan dapat memberi penilaian dari segala aspek kehidupan anak tuan puan dan berharap 'astro decoder' dapat dikembalikan ataupun mendapatkan yang baru bagi menggantikannya.
sekian,terima kasih.
"gunakan nikmat untuk khidmat" (tagline rakan muda)
yang benar,
Ir Nadira
1 comment:
HAHAHAHAHAHAAHHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH
Post a Comment