Tuesday, March 1, 2011

Sharing is caring.

Perhatian,
Ini bukan hasil tangan saya,saya quote dari kawan saya yang foward guna gtalk dan dia takda blog.Tapi saya suka apa yang dia tulis, patut dikongsikan dengan orang lain dan rujukan untuk diri sendiri 
:)

"Anda mahu duit?

Anda pernah di jaja untuk mendapat kan duit?

Kali nie aku nak ckp pulak pasal MLM.

Aku bukan nak buruk-burukkan MLM, cuma nak kongsi dengan anda semua pendapat aku mengenainya. Aku pun harap kamu boleh komen pape yang anda rasa.


1. Kamu semua sedar x , mengapa yang ajak anda itu selalunya MELAYU? Kamu semua cuba tanya.
Siapakah yang paling atas? Pengasas MLM tersebut la. Selalu bangsa lain kan? Tapi kenapa bangsa
mereka tidak ramai yang masuk? Sebab MELAYU nie mudah tertipu dengan wang. MAri kita sambung.

2. Betul ke boleh kaya? Anda mesti ditunjukkan dengan penyata kewangan. Banyak income dia masukkan. Anda kenal ke siapa yang ditunjukkan? Cuba minta penyata yang bercerita pulak.

3. Pastu miesti mereka tunjuk cara-cara mana anda dapat wang:
Contoh:
Modal : RM100 sekali masuk.

1 orang masuk bawah anda atau beli produk anda anda dapat komisyen RM10

Katakan dalam sehari ada 4 orang masuk , Anda dapat RM40

Kemudian , dalam masa seminggu ;

7 hari x RM40 = 280

Jika sebulan , anda dapat ;

4 minggu x RM 280 = RM 1120

Jika 2 bulan ,anda dapat :

2 bulan x RM 1120 = RM 2240

Pernahkah anda ditunjukkan pengiraan begini? Sebenarnya ada ada perkara yang anda sedang
tertipu. Bolehkah anda mencari 1 orang untuk beli produk anda atau masuk bawah anda?
Bolehkah mendapatkan 4 orang dalam masa sehari? Dalam masa dua bulan anda boleh
mendapatkan berapa ramai orang?

Dan jika anda tidak berjaya menarik orang lain dalam sistem ini? Anda akan kehilangan modal
RM100 tadi.

4. Sekarang cuba perhatikan kan kiraan saya pula ,

Untuk mendapatkan RM100 anda balik , anda perlu mencari 10 orang.

Tetapi , Big Boss anda sudah mendapat RM 1100 termasuk duit anda. Tetapi anda tidak untung
apa-apa. Kerana hanya mendapatkan modal anda semula.

Untuk anda pula , selain dari tidak mendapat apa-apa. Anda telah kerugian masa , wang ringgit ,
minyak kereta atau motor, Hanya untuk mendapat RM100 tadi. Maksud saya untuk mencari orang
yang berminat masuk. (Dalam erti lain , anda perlu menipu orang lain pula setelah anda ditipu)

Jadi nasihat aku. Jangan la mudah diperdaya. Jangan mudah tertutup akal fikiran hanya kerana wang.
Tidak perlu anda memegang bara api. Jika sudah terpegang. Nanti anda pula terpaksa memberi bara tersebut kepada orang lain kerana takut terbakar diri (RUGI)."

No comments: